SEJARAH KIMANIS : Penempatan Elleina suatu permulaan. ( Bahagian I)
Kimanis merupakan pusat perdagangan yang penting sebelum Papar dibuka. Sungainya yang dalam sesuai untuk kapal-kapal dagang berlabuh pada zaman dahulu. Hinggalah ke zaman 'Chartered Company'.Kimanis terkenal pada zaman dahulu kerana terdapat Gong atau Canang yang sangat bermutu tinggi yang dibuat oleh orang-orang Cina tempatan. Dikatakan mungkin asal nama Kimanis itu adalah dari perkataan 'Cina' .
Apa yang diketahui bahawa orang-orang Cina yang berada di Kimanis pada tahun 1865 telah dibawa masuk oleh American Trading Company yang beribu pejabat di Hong Kong. Kimanis ketika itu di bawah talukan Brunei dan disewa kepada American Trading Company dan mereka membuka penempatan di muara Sungai Kimanis yang dinamakan "Elliena Settlement". Penempatan ini tidak bertahan lama disebabkan wabak penyakit malaria yang menyebabkan ramai pekerja-pekerja "impot" dari Hong Kong mati oleh penyakit malaria. Maka pada tahun 1866 wilayah yang disewa oleh American Trading Compoany telah diambil dan disewakan oleh Kerajaan Brunei Kepada sebuah syarikat dari Great Britain.
Ramai orang Kimanis muskil, mengapa ada kuburan Cina di Kampung Brunei Kimanis. Sejarah lampau ini mungkin ada kaitannya, kerana "Penempatan Elleina" yang banyak menggunakan pekerja-pekerja Cina yang diimpot dan mati disebabkan penyakit malaria dan mereka dikubur di Bukit Cina.Dalam tahun 1865, Konsul Amerika Syarikat ke Brunei, Charles Lee Moses, memperolehi hak penyewaan 10 tahun ke atas wilayah Borneo Utara daripada Sultan Brunei.Walau bagaimanapun, selepas perang Saudara (Civil War), Amerika Syarikat tidak berminat mempunyai sebarang hubungan dengan mana jajahan di wilayah Asian, oleh yang demikian Charles Lee Moses telah menjual haknya kepada American Trading Company of Borneo yang berpusat di Hong Kong dan dipunyai oleh Joseph William Torrey, Thomas Bradley Harris, Tat Cheong dan saudagar-saudagar China yang lain. Joseph William Torrey memulakan penempatan di muara sungai Kimanis dan menamakannya Penempatan ELLENA. Usaha mendapatkan sokongan kewangan untuk penempatan itu tidak berhasil. Penyakit, kematian dan peninggalan oleh buruh-buruh asing telah menyebabkan penutupan penempatan ELLENA pada penghujung tahun 1866.Sultan Brunei ketika itu ialah Sultan Abdul Momin, memerintah dari 1852 hingga kemangkatan baginda pada 30 May 1885. Sultan Abdul Momin putera kepada Pengiran Shahbandar. Sultan Abdul Momin mengganti tempat sepupunya Omar Ali Saifuddin II sebagai sultan berikut dengan kemangkatannya, setelah berkhidmat sebagai Raja Muda semasa kegeringan baginda.
Dengan tamatnya tempoh penyewaan yang berakhir pada Januari 1875, Joseph William Torrey berjaya menjual haknya kepada Austro-Hungarian Empire di Hong Kong, Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck berjaya menyambung tempoh penyewaan 10 Tahun daripada Temenggong Brunei dan perjanjian yang sama daripada Sultan Sulu pada 22 Januari 1878. Bagi membiayai rancangannya untuk Borneo Utara, Baron Von Overbeck mendapat sokongan kewangan daripada Dent bersaudara (Alfred dan Edward). Walau bagaimanapun ia gagal menyakinkan kerajaannya di wilayah ini. Setelah usaha-usaha untuk menjual wilayah ini kepada Italy untuk kegunaan sebagai wilayah penal, pada tahun 1880 Baron Von Overbeck telah menarik diri dan memberikan kuasa kepada Alfred Dent. Alfred Dent telah disokong oleh Sir Rutherford Alcock dan Laksamana Sir Harry Keppel.
* Tulisan hasil sumbangan Yacoob Mohamad @ Knis45