KIMANIS-Baru-baru ini satu majlis perpisahan telah diadakan di SK Kimanis, Kimanis sebagai menghargai jasa dan sumbangan bekas guru besar sekolah itu, Puan Dg Kasmah Hj Jailani yang bertukar ke SK Lumadan Beaufort. Dua orang guru yang bersara wajib turut diraikan, iaitu Encik Shaman Ag Usop dan Encik Talip Hj Hassan.
"Kecemerlangan akademik adalah matlamat utama pelajar yang ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Kecemerlangan akademik juga sudah menjadi indikator (sekarang lebih dikenali sebagai KPI) yang penting kepada pelajar untuk menjadi modal insan. Walau bagaimanapun kecemerlangan akademik semata-mata sahaja tidak mencukupi untuk menyaingi cabaran dalam menempuh era globalisasi yang memerlukan daya saing dan kemantapan kendiri. Pelajar didahulukan, prestasi diutamakan," demikianlah kata Guru Besar SK Kimanis, Encik Yusuf Minin dalam majlis perpisahan tersebut.
Selamat menjalankan tugas di sekolah baru buat Puan Dg Kasmah Hj Jailani dan juga selamat bersara buat Encik Shaman Ag Usop dan Encik Talip Hj Hassan.