Pelajar di dahulukan, prestasi di utamakan'

Laporkanlah berita semasa yang anda baca dari akhbar , atau yang di dengar dari corong-corong radio ataupun yang ditonton dari TV maupun yang berlaku di komuniti anda.

Pelajar di dahulukan, prestasi di utamakan'

Postby zainiag » Fri Jul 10, 2009 2:46 pm

KIMANIS : Pelajar di dahulukan, prestasi di utamakan' demikinalah harapan Wakil Rakyat Bongawan Datuk Karim Hj.Bujang kepada warga pendidik di SMK Bongawan 2 ketika berucap merasmikan majlis anugerah pencaoaian cemerlang sekolah tersebut pagi kalmarin.
Karim juga berkata, kualiti system penyampian mempunyi kaitan langsung dalam kecemerlangan pendidikan keseluruhnya.Warga pendidik perlu melengkapkan diri dengan cirri-ciri berkualiti bagi membawa tahap pendidikan ke era yang lebih cemerlang seterusnya menghasilkan system pendidikan bertaraf dunia serta melahirkan modal insane minda kelas pertama.
Kecemerlangan dalam bidang pendidikan dicapai apabila warga pendidik mempunyai dedikasi, komitmen dan integriti yang tinggi untuk melahirkan anak didik yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social yang berpaksikan “ Falsafah Pendidikan Negara”.Dalam era globalisasi ini,warga pendidik perlu memberikan tumpuan yang jitu bagi memastikan kualiti pendidikan boleh dibanggakan di peringkat glokal dan global.Oleh yang demikian, ini menuntut seluruh warga pendidik untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran, jujur, amanah, berakhlak mulia, mengikis sifat lebih mementingkan diri serta memperbaiki keberkesanan system penyampaian dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan
Karim yang juga Pengerusi Pelabuhan Negeri Sabah,mengharapkan kepada para pelajar agar dapat memberikan tumpuan sepenuh terhadap tugas mereka sebagi seorang pelajar.Dalam usia yang masih muda ini, jangan fikirakan soal yang lain selain daripada tugas dan tanggjawab mereka sebagai seorang pelajar.Tidak ada orang lain yang dapat merobah diri sendiri daripada seoarang yang tidak berilmu kepada orang yang berilmu melainkan diri sendiri.Sehubungan dengan itu, peranan ibu bapa semasa berada di rumah juga amat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengulangkaji pelajaran ketika berada di rumah.

Pada majlis yang berasingan di sekolah tersebut, karim juga merasmikan majlis pecah tanah bagi mengwujukan taman PIBG SMK Bongawan 2.Selain daripada itu Karim yang di iringi oleh Pengetua sekolah Pn.Masniah Tarah, Pegawai Pelajaran Daerah Papar En.Abidin Marjan, YDP PIBG En.Salleh Hj.Abd.wahid meninjau seluruh kawasan sekolah bagi membantu pihak sekolah menyelasaikan beberapa permasalahan yang di hadapi di beberapa buah buangunan di sekolah tersebut.: OLEH ZAINI JAIR

GAMBAR
1.Karim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar
2.Karim menanam pokok sebagi simbolik perasmian taman PIBG
3.Karim tinjau masalah di bangunan sekolah.
zainiag
 
Posts: 243
Joined: Wed Jun 11, 2008 7:11 pm

Return to BERITA SEMASA

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron